Memilih Bahan Bidang Ilmu Lain
Ilmu Sejarah
Hang Jebat Menduduki Istana – Kajian Hikayat Hang Tuah Bab 16
Posted by pakcikli00 di 19 Januari 2011
KAJIAN: ROZIELINA ZINI (U6-3)
SINOPSIS
Pada awal bab ini menceritakan
tentang kelakuan Hang Jebat yang semakin liar sehingga sering bersuka ria di
istana dan bermukah dengan dayang-dayang di istana malahan dia meganggap istana
adalah tempat tinggalnya. Perbuatan keji Hang Jebat membuatkan Raja Melaka
menjadi murka tetapi apakan daya keris pandak Laksamana Hang Tuah masih berada
ditangan Hang Jebat, tiada sesiapapun yang akan dapat mengalahkannya.
Seterusnya Raja Melaka terpaksa berpindah ke rumah Bendahara Paduka Raja
bersama-sama dengan Tun Teja, Raden Emas Ayu serta putera-putera baginda.
Pelbagai percubaan untuk membunuh
Hang Jebat yang diperintahkan oleh Raja Melaka telah dilakukan oleh
pembesar-pembesar seperti Patih Kerma Wijaya, Hang Kasturi, Hang Lekiu dan
temenggung tetapi kesemuanya gagal. Akhirnya, baginda Raja Melaka menyesal
tentang hukuman baginda yang membabi buta terhadap Laksamana Hang Tuah. Pada
masa itulah, Bandahara Paduka Raja membongkar rahsia bahawa Hang Tuah masih
hidup dan bersembunyi di Hulu Melaka. Tun Pekerma dan Tun Kasturi dititahkan
untuk menjemput Laksamana dengan segera.
PERISTIWA-PERISTIWA PENTING
· Hang Jebat bermaharajalela Di
istana akibat rasa geramnya terhadap Raja Melaka.
· Keris Pandak Laksamana Hang Tuah
berada ditangan Hang Jebat.
· Raja Melaka Murka kepada Hang
Jebat dan perbuatannya yang durhaka terhadap baginda.
· Raden Mas Ayu lari dari istana dan
menuju ke Istana Tun Teja lalu mengadu akan kekacau bilauan yang dilakukan oleh
Hang Jebat.
· Raja Melaka berpindah ke rumah
Bendahara Paduka Raja Bersama dengan Tun Teja, Raden Emas Ayu dan Putera-putera
baginda.
· Raja Melaka memerintahkan kepada
sekalian untuk membunuh Hang Jebat yang Durhaka.
· Tidak ada sesiapa pun yang mampu
membunuh Hang Jebat.
· Bendahara Paduka Raja
membongkarkan rahsia bahawa Hang Tuah masih hidup.
· Tun Pekerma san Tun Kasturi di
perintahkan untuk menjemput Laksamana.
WATAK
· Hang Jebat .
· Raja Melaka.
· Bendahara.
· Hang Lekiu.
· Hang Kasturi.
· Tun Teja.
· Raden Mas Ayu.
· Putera
· Pegawai.
LATAR TEMPAT.
· Istana.
· Istana Tun Teja.
· Rumah Bendahara.
· Hulu Melaka.
UNSUR.
UNSUR SETIAKAWAN:
Unsur ini dapat dilihat melalui
sifat Hang jebat yang berani menentang dan derhaka kepada Raja nya sendiri
kerana dia merasa tidak puas hati terhadap keputusan Rajanya yang terlalu
mengikut nafsu untuk memberi hukum bunuh terhadap sahabt Hang Jebat sendiri
iaitu Hang Tuah.
Dari sifatnya yang begitu berani dan
liar menderhakai Rajanya untuk membela ketidak adilan yang dilakukan terhadap
sahabatnya yang terlalu setia kepada raja mereka yang zalim tersebut.
UNSUR KEKUATAN&KEAJAIBAN:
Unsur ini ada pada Keris Taming Sari
yang telah Hang Tuah berikan kepada Hang Jebat. Dengan keris itu lah Hang Jebat
melindungi dirinya dari orang-orang suruhan Raja Melaka untuk membunuhnya dan
kerana keris itu juga Raja Melaka merasa takut dan resah akan Hang Jebat. Ini
dalah kerana kesaktian yang ada pada keris itu adalah sangat luar biasa ini
boleh dibuktikan pada ketika keris Taming Sari masih didalam tangan Taming
Sari, Hang Tuah tidak berdaya untuk menikamnya dan contoh yang lain pula adalah
ketika Keris Taming Sari menjadi milik Hang Jebat, tiada siapa pun yang mampu
menewaskannya kerana kebal.
UNSUR TERBURU-BURU DAN KURANG
WASPADA:
Hukuman dan tindakan Raja Melaka
menjatuhkan hukuman bunuh tanpa usul periksa terlebih dahulu. Tindakan
terburu-buru oleh seorang pemerintah jelas menunjukan betapa tidak adanya kuasa
yang dapat menyekat kekuasaan dan batas-batas kuasa seorang raja dalam
masyarakat yang mengamalkan system feudal. Raja Melaka begitu murka setelah
mengetahui bahawa Hang Tuah berkehendak dengan salah seorang dayang istana.
Tanpa berfikir panjang , baginda tidak lagi mendengar nasihat Bendahara. Malah
dalam keadaan marah, hilang pertimbangan buruk baik hukuman. Segala jasa bakti
Hang Tuah, dan segala kebaikan tidak lagi diperhitungkan hanya kerana “seorang
Perempuan”.
SOALAN KONTEKS:
“ Hai tuan puteri, sakarang apa
bicara kita akan si Jebat ini? Pada penglihatan kita, demikian, salah perbuatan
dan lakunya ini, tiada seperti Laksamana menjadi orang tua dengan sopan santun
akan isi istana.”(ms:359)
1) Siapakah yang bertutur diatas?
Dan kepada siapakah pertuturan ini disampaikan?
2) Apakah yang telah terjadi kepada
Hang jebat dan mengapakah ia menjadi bualan si penutur diatas?
3) Ringkaskan apakah yang terjadi
selepas pertuturan ini?
Dikirim dalam Uncategorized | Leave
a Comment »
Posted by pakcikli00 di 8 Januari 2011
KAJIAN: MUHAMMAD SHAFIQ HJ. HASNAN (U6-6)
A) SINOPSIS
Ketika laksmana menjadi hulubalang
di istana. Segala pegawai dan pertuanan mengadakan mesyuarat tergempar untuk
membuat fitnah. Hal ini pun telah di bawa kepada Patih Kerma Wijaya marah akan
alasan yang dikemukan oleh mereka.
Hal itu telah dikemukan dihadapan
Raja menyebabkan Raja murka dan menitahkan Bendahar supaya Laksmana Hang Tuah
di buang dengan segara kerana menderhaka kepada mereka tetapi dihalang dengan
menasihati dan memujuk raja agar diperikasa terlebih dahulu sebelum dibuang.
Tetapi raja enggan dan meneruskan memuncak sehingga mengarahkan bentara kedua
dengan alat senjata pergi mencari laksmana di Kuala Melaka.
Ketika itu laksmana sedang bersama
keluarganya didalam perahu kecil. Laksamana mengetahui akan kedatangan Bentara
Kedua dan pergi ke Istana dengan perahu Hang Jebat. Sampai mereka, laksamana
duduk di Balai Gendang. Raja mengarahkan Bendahara melakukan pembuangan Hang
Tuah walaupun Bendahara melakukan pembuangan Hang Tuah walaupun Bendahara
berasa sedih.
Hang Jebat dan Hang Kasturi menangis
dan memeluk dengan Laksmana dan memberikan Keris Pandak yang di minta oleh raja
tadi kepada Hang Jebat. Laksmana juga sempat memberikan pesanan kepada Hang
Jebat dan Hang Kasturi. Tiba di Istana, Raja menintahkan Hang Jebat memakai
Keris Pandak itu. Hang Jebat memakai keris itu dengan perasaan gembira.
Bendahara pula melepaskan Hang Tuah
dengan menyuruh empar orang menghantar laksmana ke hulu Melaka selama tujuh
hari, tujuh malam dari negeri Melaka jauhnya. Hang Tuah juga sempat bergurukan
Sheikh Mansur. Guru ini sempat memberi ramalan hadapan yang baik untuk Hang
Tuah kerana selama 20 hari lagi dia akan pulang ke sisi raja kerana sejak
ketiadaannya, Melaka dalam kacau-bilau.
Selepas kejadian membuang laksmana
pada hari itu, Raja sering tidak menghadap orang selama tujuh hari. Hang Jebat
cuba menawan hati raja sambil menendangkannya. Selepas Raja mandi, baginda
santap bersama Tun Teja dan dipanggilnya Hang Jebat turut bersama. Raja juga
ingin menganugerahkankan gelaran ‘Paduka Raja’ kepada Hang Jebat. Ramai yang
tidak berpuas hati akan Laksmana baru (Hang Jebat). Hang Jebat juga memperlihatkan
sifatnya yang tidak acuh. Hang Kasturi dan bendahara turut menangis kerana
terkenangkan Laksmana lama.
B) PERISTIWA PENTING
1. Pegawai dan pertuanan serta Patih
Kerma Wijaya buat fitnahan terhadap Laksmana Hang Tuah.
2. Raja murka malah baginda menitahkan
Bendahara supaya Laksmana dibuang dengan segara.
3. Hang Jebat minta Keris Pandak
dari Laksmana Hang Tuah atas titah Sultan Melaka.
4. Hang Tuah pergi ke hulu Melaka
dan menyebabkan Melaka dalam kacau-bilau.
5. Baginda Raja menganugerahkan
gelaran ‘Paduka Raja’ kepada Hang Jebat.
C) WATAK
1. Laksmana Hang Tuah
2. Raja
3. Patih Kerma Wijaya
4. Bendahara
5. Hang Jebat
6. Hang Lekiu
7. Hang Kasturi
8. Tun Teja
9. Syeikh Mansur
10. Paduka Mahadewi
11. Tun Pekerma
12. Pegwai
13. Pertuanan
D) LATAR TEMPAT
1. Hulu Melaka
2. Istana
3. Kediaman Hang Tuah
4. Ke Kuala Melaka
5. Balai Gendang
6. Dusun
7. Balai Bendahara
8. Istana Tun Teja
9. Majapahit
10. Inderapura.
E) UNSUR PENTING
1. UNSUR IRI HATI
Pembesar Istana dan Patih Kerma
Wijaya membuat fitnah terhadap Laksmana Hang Tuah. Mereka merasa cemburu kerana
mereka takut dengan jawatan mereka akan diambil oleh Laksmana Hang Tuah ini
telah bertindak memiftnahkannya.
2. UNSUR KESABARAN
Akibat daripada fitnah
pembesar-pembesar yang lain, Hang Tuah terpaksa hidup sebagai rakyat biasa.
Hang Tuah juga tidak diberi gelaran apa pun.
3. UNSUR KESETIAAN
Unsur ini dapat dilihat apabila Hang
Tuah menyedari bahawa dirinya difitnah, dia tetap menerima hukuman bunh
tersebut dengan hati yang rela. Kerelaan hati Hang Tuah menerima titah Raja
Melaka yang membabi buta dapat membuktikan kesetiaan dirinya yang tidak
berbelah bagi terhadap rajanya.
Dikirim dalam Uncategorized | Leave
a Comment »
Posted by pakcikli00 di 2 Januari 2011
KAJIAN : EMILLIA BINTI RAZALI (U6-1)
A) SINOPSIS
Laksmana Hang Tuah dan Raja Melaka
berangkat ke Majapahit. Pada mulanya, Raja Melaka enggan pergi tetapi
disebabkan telah berjanji pada awalnya maka mereka hendak menepati janji
tersebut. Tun Teja menasihati Raja Melaka supaya jangan berjauhan daripada
Laksmana Hang Tuah kerana Laksamana sahajalah yang dapa melindungi baginda
daripada dibunuh oleh Betara Majapahit. Raja Melaka juga meninggalkan wasiat
sekiranya terjadi sesuatu hal terhadap dirinya Raden Baharlah yang akan menjadi
pengganti baginda.
Setelah beberapa lamanya mereka
singgah di Palembang selama tiga hari. Setelah genap tiga hari mereka pun
meneruskan perjalanan mereka dan mereka sampai di Jayakarta. Apabila genap tiga
hari mereka pun terus pergi ke Tuban. Dan mereka pun sampai di Majapahit dengan
selamat. Pada mulanya, temenggung Majapahit mencadangkan supaya Raja Melaka
dibunuh di Tuban tetapi cadangannya di tolak oleh Patih Gajah Mada. Pada masa
yang sama Laksamana Hang Tuah sering berjaga-jaga di sisi baginda.
Keesokkan harinya, Patih Gajah Mada
telah mengupah 40 orang perajurit-perajurit handalan untuk mengamuk di tengah
pesara dan membunuh sesiapa sahaja. Laksamana berfirasat bahawa akan berlakunya
pertumpahan darah pada waktu asar itu. Tetapi kesemua perajurit-perajurit itu
dapat ditewaskan oleh Laksamana seseorang tanpa bantuan saudaranya yang lain kerana
diperintah untuk berjaga-jaga disisi Raja Melaka.
Sekali lagi percubaan membunuh
dilakukan dengan mengupah seorang perajurit yang bernama Petala Bumi untuk
membunuh Laksaman. Petala Bumi mengetahui pelbagai ilmu penjelamaan tetapi
sungguhpun begitu Laksamana tetap mengalahkan Petala Bumi.
Raja Melaka berpaksa kembali ke
Melaka, kerana mendengar khabar puteranya jatuh sakit. Betara Majapahit dan
Patih Gajah Mada masih meneruskan rancangan mereka untuk membunuh Raja Melaka
dan Laksamana Hang Tuah. Mereka telah menyuruh tujuh orang perajurit belayar ke
Melaka untuk menimbulkan kekecohan di negeri Melaka itu dan Bukit Cina telah
dijadikan ibu pejabat mereka.
Lalu Hang Tuah pun menyamar menjadi
salah seorang pengikut setia kepada ketua kumpulan itu dan ia juga berjaya
masuk ke kumpulan perompak ini sebagai Sang Marga Paksi. Hang Tuah pun berjaya
membunhu ketujuh-tujuh perompak itu.
B) PERISTIWA PENTING
1. Betara Majapahit dan Patih Gajah
Mada telah menyusun rancangan untuk membunuh Raja Melaka dan Laksaman Hang Tuah
tetapi setiap kali rancangan itu tidak berjaya.
2. Laksamana dapat menewaskan perajurit-perajurit di upah oleh Patih Gajah Mada dan Petala Bumi juga dapat ditewaskannya.
3. Laksmana Hang Tuah dapat menewaskan Petala Bumi yang mengetahui berbagai ilmu penjelmaan.
4. Setelah rombingan dari Melaka kembali ke negeri Melaka, Betra Majapahit dan Patih Gajah Mada memerintahkan tujuh orang perajurit pergi ke Melaka dan menjadikan negeri Melaka kacau-bilau.
5. Hang Tuah menyamar menjadi Sang Marga Paksi.
6. Ketujuh-tujuh perajurit dibunuh oleh Laksmana Hang Tuah.
2. Laksamana dapat menewaskan perajurit-perajurit di upah oleh Patih Gajah Mada dan Petala Bumi juga dapat ditewaskannya.
3. Laksmana Hang Tuah dapat menewaskan Petala Bumi yang mengetahui berbagai ilmu penjelmaan.
4. Setelah rombingan dari Melaka kembali ke negeri Melaka, Betra Majapahit dan Patih Gajah Mada memerintahkan tujuh orang perajurit pergi ke Melaka dan menjadikan negeri Melaka kacau-bilau.
5. Hang Tuah menyamar menjadi Sang Marga Paksi.
6. Ketujuh-tujuh perajurit dibunuh oleh Laksmana Hang Tuah.
C) WTAK-WATAK
1. Barit Kerika
2. Bendahara
3. Betara Majaphit
4. Hang Jebat
5. Hang Kasturi
6. Hang Lekir
7. Hang Lekiu
8. Laksamana Hang Tuah
9. Patih Gajah Mada
10. Patih Kerma Wijaya
11. Petala Bumi
12. Raden Bahar
13. Raden Mas Ayu
14. Raja Melaka
15. Sang Marga Paksi.
16. Temenggung Seri Sarwa Raja
17. Tun Pikarama
18. Tun Teja
2. Bendahara
3. Betara Majaphit
4. Hang Jebat
5. Hang Kasturi
6. Hang Lekir
7. Hang Lekiu
8. Laksamana Hang Tuah
9. Patih Gajah Mada
10. Patih Kerma Wijaya
11. Petala Bumi
12. Raden Bahar
13. Raden Mas Ayu
14. Raja Melaka
15. Sang Marga Paksi.
16. Temenggung Seri Sarwa Raja
17. Tun Pikarama
18. Tun Teja
D) LATAR TEMPAT
1. Negeri Majaphit
2. Palembang
3. Jayakarta
4. Tuban
5. Balairung
6. Istana Tun Teja
7. Bukit Cina
2. Palembang
3. Jayakarta
4. Tuban
5. Balairung
6. Istana Tun Teja
7. Bukit Cina
E) LATAR MASA
1. Siang hari
2. Genap tiga hari
3. Waktu Asar
4. Waktu Malam
5. Tiga malam
2. Genap tiga hari
3. Waktu Asar
4. Waktu Malam
5. Tiga malam
F) UNSUR PENTING
Unsur PenjelmaanØ
Petala Bumi yang menjelmakan dirinya menjadi seekor kucing, seekor anjing yang besar dan menjadi seekor harimau.
Barit Ketika menjelmakan dirinya menjadi seekor tikus.
Petala Bumi yang menjelmakan dirinya menjadi seekor kucing, seekor anjing yang besar dan menjadi seekor harimau.
Barit Ketika menjelmakan dirinya menjadi seekor tikus.
Dikirim dalam Uncategorized | Leave
a Comment »
Posted by pakcikli00 di 30 Disember 2010
KAJIAN: ANNIE SUZANA SAMSUDIN (U6-1)
A) SINOPSIS
Mengisahkan tentang Raja Majapahit
yang mengutus perutusan (rindu akan Raden Mas Ayu) kepada Raja Melaka melaui
orang pilihan Patih Gajah Mada dan perutusan itu ditulis sendiri oleh Beliau
atas perintah Raja Majapahit. Apabila sampai ke Melaka, Rangga dan barit Ketika
menyampaikan titah tambahan dari Raja Majapahit. Laksmana dari Melaka menjawab
titah tambahan itu bagi pihak Raja Melaka. Dari jawapan Laksamana itu, benarlah
bahawa Melaka akan diserang oleh musuh. Selang beberapa hari Rangga dan Barit
Ketika menundurkan diri bersama-sama Laksamana dari Melaka iaitu Hang Jebat dan
Hang Kasturi.
Tujuan Laksamana dari Melaka adalah
hendak membalas surat dan bingkis untuk diberikan kepada Seri Betara. Manakala
Hang Jebat dan Hang Kasturi hanyalah sebagai pendamping dikala sukar. Patih
Gajah Mada mengetahui rombongan dari Melaka tiba dan meminta izin kepada Betara
Majapahit untuk mencuba kepahlawanan ahli-ahli rombongan negeri Melaka dengan
mengupah orang mengamuk secara berolok-olok tetapi dengan hanya menggunakan
orang upahan Patih Gajah Mada. Patih Gajah Mada dan Betara Majapahit berniat
unruk menguasai Negeri Melaka, kerana itu Patih Gajah Mada merancang untuk
membunuh Hang Tuah di jamuan makan. Diupahnya orang untuk mencuri Keris Taming
Sari (punca kekuatan) semasa Hang Tuah menceritakan semasa berperang dengan
Megat Terengganu. Menyedari Keris Taming Sari dicuri oleh patih Gajah Mada
kerana untuk melihat berjumpa sendiri dengan Hang Tuah.
B) PERISTIWA PENTING
1. Usaha untuk membunuh Hang Tuah
berlipat ganda.
2. Patih Gajah Mada mencadangkan
hendak memfitnah Hang Tuah.
3. Mengupah penglima terhebat untuk
membinasakan Hang Tuah dari terus hidup.
4. Memberikan minuman keras kepada
Hang Tuah untuk memudahkan rancangan membunuh.
C) WATAK-WATAK
1. Betara Majaphit
2. Patih Gajah Mada
3. Hang Tuah
4. Hang Jebat
5. Hang Kasturi
6. Barit Ketika
7. Orang-orang mengamuk
8. Bendahara Paduka Raja
9. Raden Aria
D) UNSUR PENTING
1. Unsur Muslihat
Disebabkan Hang Tuah ialah tulang
belakang kepada Negeri Melaka, jika Hang Tuah tiada lagi, Majapahit mudah
menakluki Melaka.
2. Unsur Kesakitan
Terbukti apabila Hang Tuah dapat
menukarkan minuman keras kepada air biasa sewaktu majlis makan malam untuk meraikan
kedatangan rombongan dari Melaka. Senjata Semirang tidak dapt mencederakan
tubuh Hang Tuah.
Dikirim dalam Uncategorized | Leave
a Comment »
Posted by pakcikli00 di 23 Disember 2010
KAJIAN: ABD HALIM BIN PUTEH (U6-1)
A) SINOPSIS
Semanjak Raja Melaka berkahwin
dengan Tun Teja, baginda jarang sekali bertemu dengan pegawai-pegawai dalam
istan, kecuali Hang Tuah, Hang jebat dan Hang Kasturi. Baginda terlalu rapat
bersama Hang Tuah sehinggakan beliau diperkatakan. Baginda juga jarang sekali
bertemu Radin Mas Ayu akan tetapi Raden Mas sehinggakan beliau diperkatakan.
Baginda juga jarang sekali bertemu Raden Mas Ayu, akan tetapi Raden Mas Ayu
telah hamil. Setelah 7 bulan Raden Mas hamil, baginda telah mengidam Nyiur
Gading yang tumbuh bersama-sama pohon Melaka. Tuan Puteri menangis kerana
hendak memakan buahnya yang manis itu, akan tetapi orang istana tidak dapat
mengambilnya kerana terlalu berbahaya. Berita ini diketahui oleh Raja, lalu
Laksmana dipanggil untuk mengambil buah tersebut. Hang Tuah telah Berjaya
mendapatkannya. Raden Mas Ayu dan Raja gembira dan terkejut beliau boleh
selamat memanjat pohon tersebut, lalu baginda mengurniakannya.
Setelah Raden Mas Ayu melahirkan
putera yang diberi nama Raden Bahar. Tun Utama dan Tun Bija Sura diperintahkan
oleh baginda untuk pergi ke Majapahit bersama surat yang terkandung berita
gembira tersebut kepada Ratu Majapahit. Setelah mereka sampai di Tuban, mereka
telah berjumpa Patih Gajah Mada untuk untuk menyampaikan berita tersebut. Seri
Betara (ayah Mas Ayu) gembira akan berita tersebut, setelah itu Betara
menintahkan Patih Gajah Mada untuk membawa pulang kurniaan iaitu periai yang
muda-mada, 40 orang perempuan mempunyai baik sikap. Manakala Patih Kerma Wijaya
mengadapkan kepada Raden Mas Ayu dengan Rangga, Jaksa dan juga Laksamana. Raden
Bahar hendak mengikut Laksamana untuk pergi diluar istanatelah dibenarkan oleh
ibunya (Raden Mas). Mereka pergi ketaman untuk menyaksikan kuda tezi. Kuda Tezi
tersebut tidak ada siapa yang berani menunggangnya, kecuali Laksamana. Kuda
Tezi tersebut pandai menari semasa gendang dipukul dan pantas. Sekali lagi,
Laksamana dikurniakan lagi. Setelah Rangga dan Jaksa pergi RAden MAs Ayu
melahirkan putera lagi bernama Raden Bajau.
Raden Bahar dan Raden Bajau semakin
dewasa, mereka telah bermain-main bersama Kuda Tezi di taman yang berdekatan
dengan telaga tahi. Semasa mereka bermain, kuda tersebut hendak meminum air di
telaga tahi. Kuda tersebut jatuh dan terperangkap. Mereka terperangkap. Mereka
menangis kerana kuda mereka tidak dapat dinaikkan keatas. Pihak istana tidak
dapat berbuat apa-apa. Berita ini sampai ke Raja Melaka, Laksamana di arahkan
untuk mengeluarkan kuda itu. Laksamana Berjaya dengan menggunakan kain barang 7
kayu yang dibalut dibadan kuda lalu ditarik. Laksamana pernah menasihatkan Raja
Melaka untuk beradu di istana besar dengan Raden Mas Ayu 10 hari dan 7 hari
bersama Tun Teja. Raja Setuju akan cadangan Laksamana itu.
B) PERISTIWA PENTING
- Raden Mas Ayu mengandung 7 bulan
(anak pertama)
- Laksmana Hang Tuah mengambil air nyiur gading yang tumbuh di taman untuk santapan.
- Raden Mas Ayu yang mengidamnya
- Raden Mas Ayu melahirkan putera bernama Raden Bahar dab Raden Bajau.
- Laksamana Berjaya menyelamatkan kuda tezi yang jatuh di telaga tahi.
- Raja sendiri memandikan Hang Tuah dan memakaikan pakaian
- Laksmana Hang Tuah mengambil air nyiur gading yang tumbuh di taman untuk santapan.
- Raden Mas Ayu yang mengidamnya
- Raden Mas Ayu melahirkan putera bernama Raden Bahar dab Raden Bajau.
- Laksamana Berjaya menyelamatkan kuda tezi yang jatuh di telaga tahi.
- Raja sendiri memandikan Hang Tuah dan memakaikan pakaian
C) WATAK-WATAK
1. Raja Melaka
2. Raden Mas Ayu
3. Laksamana Hang Tuah
4. Betara
5. Raden Bahar
6. Raden Bajau
7. Tun Teja
8. Hang Jebat
9. Hang Kasturi
10. Tun Bija Sura
11. Tun Utama
12. Patih Kerma Wijaya
13. Bendahara Paduka Raja
14. Rangga Jaksa
2. Raden Mas Ayu
3. Laksamana Hang Tuah
4. Betara
5. Raden Bahar
6. Raden Bajau
7. Tun Teja
8. Hang Jebat
9. Hang Kasturi
10. Tun Bija Sura
11. Tun Utama
12. Patih Kerma Wijaya
13. Bendahara Paduka Raja
14. Rangga Jaksa
D) UNSUR-UNSUR PENTING
1. PERMASALAHAN
Pohon Nyiur Gading tinggi tersebut tidak dapat di tebing kerana ia satu-satunya yang terdapat di Negeri Melaka, untuk mendapatkan buahnya Laksamana terpaksa memanjat pohon nyiur itu & sanggup membahayakan diri beliau. Beliau dapat menyelasaikan maslah tersebut.
Kuda Tezi yang terjatuh di telga tahi, dapat dinaikkan semula oleh Hang Tuah
Pohon Nyiur Gading tinggi tersebut tidak dapat di tebing kerana ia satu-satunya yang terdapat di Negeri Melaka, untuk mendapatkan buahnya Laksamana terpaksa memanjat pohon nyiur itu & sanggup membahayakan diri beliau. Beliau dapat menyelasaikan maslah tersebut.
Kuda Tezi yang terjatuh di telga tahi, dapat dinaikkan semula oleh Hang Tuah
2. HASAD DENGKI
Semasa Laksamana Berjaya mendapatkan nyiur, segala pegawai dan pertuanan semakin bertambah-tambah dengan dengki mereka terhadap Hang Tuah.
Semasa Laksamana Berjaya mendapatkan nyiur, segala pegawai dan pertuanan semakin bertambah-tambah dengan dengki mereka terhadap Hang Tuah.
3. NASIHAT DAN KEADILAN
Hang Tuah menasihati Raja Melaka untuk meluangkan masa isteri baginda secara adil (beradu 10 hari dengan Mas Ayu, 7 hari dengan Tun Teja)
Hang Tuah menasihati Raja Melaka untuk meluangkan masa isteri baginda secara adil (beradu 10 hari dengan Mas Ayu, 7 hari dengan Tun Teja)
Dikirim dalam Uncategorized | Leave
a Comment »
Posted by pakcikli00 di 17 Disember 2010
BAB 11: MEGAT PANJI ALAM
A) SINPOSIS
Setelah Megat Panji Alam mendengar
berita tersebut, baginda ingin menyerang Negeri Melaka. Baginda mengumpulkan
askar-askarnya. Turut bersama dengan Megat Panji Alam ialah Megat Kembar Ali.
Sebelum berangkat ke Negeri Melaka, Megat Panji Alam. Sebelu, berangkat ke
Negeri Melaka, Megat Panji Alam meminta izin kepada ayahandanya, walaupun
ayahandanya tidak mengizinkan pada mulanya.
Sebelum ke Negeri Melaka, Megat
Panji Alam singgah di negeri Melaka Inderapura. Di Inderapura, Raja Inderapura
pun menjemput Megat Panji Alam masuk mengadap ke istananya. Semasa mengadap
Raja Inderapura, Megat Panji Alam menceritakan bahawa dia ingin menyerang
Melaka.
Berita tersebut telah sampai juga
kepada Bendahar paduka Raja. Bendahara pun memberitahu kepada Sang Maniaka.
Sang Maniaka sangat terkejut dengan khabar yang disampaikan oleh bendahara.
Baginda pun memanggil Hang Tuah. Setelah Hang Tuah datang mengadap, baginda pun
memberitahu Hang Tuah bahawa Megat Panji Alam ingin menyerang Melaka. Hang Tuah
pun mencadangkan bahawa dia, Hang Jebat dan Hang Kasturi akan menggunakan jalan
laut. Mankala Hang Lekir dan Hang Lekiu akan menggunakan jalan darat.
Apabila Hang Tuah sampai di Bukit
Tinggi, dia pun bertanya sama ada ada Megat Panji Alam masih di Inderapura.
Setelah mengetahui Megat Panji Alam di Inderpura, Hang Tuah pun terus pergi ke
Inderapura. Hang Tuha berlabuh dipangkalan Bendahara Seri Buana. PAda keesokkan
harinya, Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang KAsturi pun datang mengadap Raja
Inderapura. Hang Tuah menerangkan kedatangannya ke Negeri Inderapura. Hang Tuah
menerangkan bahawa kedatangannya adalah untuk membunuh Megat Panji Alam.
Berita Hang Tuah ingin membunuh
Megat Panji Alam sampai kepadanya. BAginda pun berasa marah kepada Hang Tuah
dan ingin membunuh Hang Tuah dan pahlawan yang dibawa oleh Hang Tuah. Pada
keesokkannya, Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi sekali datang mengadap
Raja Inderapura. Tetapi kali ini, Hnag Tuah saja yang mengadap Raja, manalkala
Hang Jebat dan Hang Kasturi menyamar menjadi rakyat biasa.
Megat Panji Alam pun datang mengadap
Raja Inderapura. Apabila sampai di Istana, Megat Panji Alam pun memberitahu
bahawa baginda ingin menampar muka Hang Tuah. Sebelum Megat Panji Alam masuk ke
Istana, baginda sudaj berlawan dengan Hang Jebat dan Hang Kasturi dan baginda
telah dibunuh oleh hang Jebat dan Hang Kasturi.
B) PERISTIWA PENTING
1. Megat Panji Alam merasa tercabar
dengan tindakkan Hang Tuah yang telah membawa lari tunangnya Tun Teja.
2. Megat Panji Alam ingin menyerang
Melaka ingin membinasakan Negeri Melaka.
3. Hang Tuah datang ke Inderapura
untuk membunuh Megat Panji Alam atas arahan Raja Melaka.
4. Hang Jebat dan Hang Kasturi telah
membunuh Megat Panji Alam masuk ke Istana.
5. Hang Tuah, Hnag Jebat dan Han
Kasturi membawa berita gembira itu kepada Sang Maniaka dan baginda gembira
mendengar khabar tersebut.
C) WATAK-WATAK
1. Megat Panji Alam
2. Sang Perdana
3. Sang Sura
4. Syab Kertas
5. Rakyat empat ribu pertikaman
6. Raja Terengganu
7. Megat Kembar Ali
8. Karib
9. Raja Inderapura
10. Bendahara
11. Orang Ramai
12. Raja Melaka
13. Laksamana Hang Tuha
14. Hang Jebat
15. Hang Kasturi
16. Hnag Lekiu
17. Hang Lekir
18. Bendahara Paduka Raja
19. Hang Dolah
20. Tun Utama
21. Tun Bija Sura
22. Biduanda
23. Seri Maharaja Lela
24. Raja Muda
D) LATAR TEMPAT
1. Negeri Terengganu
2. Negeri Inderapura
3. Negeri Melaka
4. Balairung
5. Balai Gendang
6. Pulau Tinggi
7. Pangkalan.
E) LATAR MASA
1. Sejam Lamanya
2. 9 Jamadilawal
3. Hari Ahad
4. Asar
Dikirim dalam Uncategorized | Leave
a Comment »
Posted by pakcikli00 di 14 Disember 2010
KAJIAN: NUR KHAIRUNNISA BINTI MAIDIN (U6-3)
A) SINOPSIS
Hang Tuah mengatakan hasrat hatinya
kepada inang untuk memiliki Tun Teja. Pada asalnya inang merasa berat hati
untuk menyampaikan hasrat hang Tuah itu namun kerana kasihnya terhadap Hnag
Tuah, dia sanggup melakukuannya. Inang tersebut merasa gagap untuk memberitahu
perkara yang sebenar kepada Tun Teja dan akhirnya inang itu Berjaya meluahkan
segalanya. Namun, Tun Teja marah dengan kata-kata inang tersebut lalu
disuruhnya dayang-dayang untuk mengocoh mulut inang itu. Apabila inang itu
pulang ke rumah dan memberitahu mengenai Tun Teja yang amat marah dengan hasrat
Hang Tuah itu maka Hang Tuah pun menggunakan ilmu pengasih dengan ‘jebat’ yang
diperolehinya daripada seorang perempuan tua. Hang Tuah menyuruh inang sekali
lagi untuk memalitkan ‘jebat’ itu ditempat Tun Teja duduk.
Sebaik sahaja ‘jebat’ itu
dicalitkan, Tun Teja pada masa itu tidaur, terbangun dan mencari-cari inang tua
itu. Tun Teja juga teringin untuk bertemu dengan Hang Tuah. Hang Tuah juga daa
mengatakan hasratnya untuk pergi ke Melaka selama 3 hari kepada inang dan juga
Tun Teja lalu Tun Teja merasa sedih. Pada malam itu, Tun Teja bertemu dengan
Hang Tuah secara senyap-senyap bersama-sama dengan dayang-dayang melalui jalan
lorong di mana mereka tersesat akibat termasuk ke dalamm lorang yang salah
sehinggakan ada yang menggap bahawa malaikat turun kerana terhidu bauan yang
harum daripada badan Tun Teja sendiri. Tidak lama kemudian, Hang Tuah menyuruh
inang dan juga Tun Teja bersiap sedia pergi ke Melakabersama-sama dengan semua
dayang-dayang yang dan di Istana yang teramat banyakbersertakan dengan harta
mereka sekali.
Permergian Tun Teja ini tidak
diketahui oleh kedua-dua orang tuanya. Hang Tuah dan juga Tun Teja ini
menumpang kapal Tun Bija Sura dan Tun Ratna Diraja yang kebetulan singgah di
Inderapura. Pada awalnya, mereka tidak membenarkan Tun Teja serta yang lainnya
manaiki kapal mereka Tun Teja itu adalah anak Bendahara Inderapura.
Walaubagaimanapun, mereka akhirnya setuju apabila melihat Hang Tuah marah yang
menyebabkan kapal meraka bergegar seperti hendak terbalik kapal mereka itu.
Berita mengenai Tun Teja dilarikan oleh Hnag Tuah heboh dan ini meyebabkan Raja
Inderapura marah lalu mengarahkan laksmana, Seri Maharaja Lela, Tun Jenal dan
juga Tun Pekerma untuk mengikut kapal Hang Tuah itu.
Tun Jenal dan yang lainnya terpaksa
mengundurkan diri kerana kehebatan Hang Tuah dalam memanah begitu hebatr dan
tiada tandingannya. Setibanya Di Melaka, gajah yang dibawa oleh Tun Ratna
Diraja dan Tun Bija Sura diturunkan. Memandangkan rupa gajah tersebut begitu
baik rupanya sehingga tiada seorang pun yang menyedari Hang Tuah di mana
tangannya diikat olehnya sendiri. Sebaik sahaj getah tersebut diberi nama
Permata Selan, barulah raja Melaka menyedari kehadiran Hnag Tuah dan Raja
Melaka merasa hairan mengapa Hang Tuah boleh berada disitu. Setelah menjelaskan
semuanya, raja Melaka merasa gembira dan menyuruh semua isteri
bendahara-bendahara menjemput Tun teja yang masih berada diatas kapal.
Melihat kehadiran isteri-isteri
bendahara itu datang, tahulah Tun Teja bahawa dirinya akan dijadikan isteri
kepada Raja Melaka bukan isteri Hang Tuah. Segara Hang Tuah meniup-niup ilmu
pembenci kepada Tun Teja supaya dia membenci dirinya dan menyukai Raja Melaka.
Akhirnya, Raja Melaka pun berkahwinlah dengan Tun Teja.
B) PERISTIWA PENTING
1. Hnag Tuah menuyurh inang untuk
menyampaikan hasrat hatinya terhadap Tun Teja.
2. Tun Teja marah sebaik sahaja inang tersebut menyampaikan hasrat Hang Tuah itu lalu menyuruh dayang-dayangnya untuk mengocoh mulut inang itu.
3. Hang Tuah menyuruh inang itu untuk mencalit ilmu pengasih pada tempat duduk Tun Teja.
4. Tiba-tiba Tun Teja merasa rindu terhadap inang tua itu dan juga kepada Hang Tuah lalu mengarahkan dayangnya supaya memanggil mereka.
5. Hang Tuah ingin pergi ke Melaka selama 3 hari dan Tun Teja merasa sedih.
6. Hang Tuah mengajak Tun Teja dan inang untuk pergi bersamanya dan mereka bersetuju .
7. Pemergian Tun Teja untuk ke Melaka ini tidak diketahui oleh kedua orang tuanya.
8. Raja Inderapura marah kerana Hang Tuah melarikan anak bendahara.
9. Raja Inderapura mengarahkan orang untuk mengikuti mereka pergi ke Melaka.
10. Tun Jenal terpaksa mengundur diri kerana Hang Tuah merupakan seorang pemanah yang sangat handal.
11. Gajah yang dibawa oleh Tun Ratna Diraja dan Tun Bija Sura diturunkan setibanya mereka di Melaka.
12. Hnag Tuah dihadapkan kepada Raja Melaka.
13. Raja Melaka merasa gembira apabila mengetahui Hang Tuah membawa Tun Teja bersama sambil memeluk Hang Tuah.
14. Tun Teja menangis kerana dirinya akan dikahwinkan dengan Raja Melaka bukan dengan Tun Teja.
15. Hang Tuah memberikan Tun Teja sejenis sirih supaya dirinya dibenci dan suka kepada Raja Melaka.
2. Tun Teja marah sebaik sahaja inang tersebut menyampaikan hasrat Hang Tuah itu lalu menyuruh dayang-dayangnya untuk mengocoh mulut inang itu.
3. Hang Tuah menyuruh inang itu untuk mencalit ilmu pengasih pada tempat duduk Tun Teja.
4. Tiba-tiba Tun Teja merasa rindu terhadap inang tua itu dan juga kepada Hang Tuah lalu mengarahkan dayangnya supaya memanggil mereka.
5. Hang Tuah ingin pergi ke Melaka selama 3 hari dan Tun Teja merasa sedih.
6. Hang Tuah mengajak Tun Teja dan inang untuk pergi bersamanya dan mereka bersetuju .
7. Pemergian Tun Teja untuk ke Melaka ini tidak diketahui oleh kedua orang tuanya.
8. Raja Inderapura marah kerana Hang Tuah melarikan anak bendahara.
9. Raja Inderapura mengarahkan orang untuk mengikuti mereka pergi ke Melaka.
10. Tun Jenal terpaksa mengundur diri kerana Hang Tuah merupakan seorang pemanah yang sangat handal.
11. Gajah yang dibawa oleh Tun Ratna Diraja dan Tun Bija Sura diturunkan setibanya mereka di Melaka.
12. Hnag Tuah dihadapkan kepada Raja Melaka.
13. Raja Melaka merasa gembira apabila mengetahui Hang Tuah membawa Tun Teja bersama sambil memeluk Hang Tuah.
14. Tun Teja menangis kerana dirinya akan dikahwinkan dengan Raja Melaka bukan dengan Tun Teja.
15. Hang Tuah memberikan Tun Teja sejenis sirih supaya dirinya dibenci dan suka kepada Raja Melaka.
C) WATAK-WATAK
1. Hnag Tuah
2. Tun Teja
3. Mak Inang – ibu angkat Hang Tuah
4. Tun Jenal
5. Dang Merdu
6. Orang tua yang menjual Jebat
7. Dayang-dayang
8. Bendahara Seri Buana
9. Tun Ratna Diraja
10. Tun Bija Sura
11. Syahbandar
12. Raja Inderapura
13. Seri Maharaja Lela
14. Tun Perkerma
15. Si Jaya
16. Megat Panji Alam
17. Sang Perdana
18. Sang Sura
19. Bendara Paduka Raja
20. Dang Dara Cita hati
21. Dang Puasa
2. Tun Teja
3. Mak Inang – ibu angkat Hang Tuah
4. Tun Jenal
5. Dang Merdu
6. Orang tua yang menjual Jebat
7. Dayang-dayang
8. Bendahara Seri Buana
9. Tun Ratna Diraja
10. Tun Bija Sura
11. Syahbandar
12. Raja Inderapura
13. Seri Maharaja Lela
14. Tun Perkerma
15. Si Jaya
16. Megat Panji Alam
17. Sang Perdana
18. Sang Sura
19. Bendara Paduka Raja
20. Dang Dara Cita hati
21. Dang Puasa
D) LATAR TEMPAT
1. Negeri Inderapura
2. Rumah Inang
3. Rumah Hang Tuah
4. Rumah Tun Teja
5. Di dalam istana Raja Inderapura
6. Di Pusara
7. Di lorong
8. Di atas peterana
9. Di bawah peterana
10. Di Melaka
11. Di Kuala
12. Di Balairung
13. Di dalam Jong
14. Di Pulau Tinggi
15. Di dalam istana Raja Melaka.
2. Rumah Inang
3. Rumah Hang Tuah
4. Rumah Tun Teja
5. Di dalam istana Raja Inderapura
6. Di Pusara
7. Di lorong
8. Di atas peterana
9. Di bawah peterana
10. Di Melaka
11. Di Kuala
12. Di Balairung
13. Di dalam Jong
14. Di Pulau Tinggi
15. Di dalam istana Raja Melaka.
E) UNSUR-UNSUR
1. UNSUR PENIPUAN
Hang Tuah menipu Tun Teja dengan alas an bahawa Hang Tuah menyukai Tun Teja padahal Hang Tuah hanya ingin memperdayakan diri Tun Teja untuk menebus kesalahannya terhadap Raja Melaka memandangkan Raja Melaka sangat menyukai Tun Teja. Oleh itu, Hang Tuah menggunakan ilmu pengasih untuk melembutkan hati Tun Teja supaya dia mahu mengikut Hang Tuah ke Melaka.
Hang Tuah menipu Tun Teja dengan alas an bahawa Hang Tuah menyukai Tun Teja padahal Hang Tuah hanya ingin memperdayakan diri Tun Teja untuk menebus kesalahannya terhadap Raja Melaka memandangkan Raja Melaka sangat menyukai Tun Teja. Oleh itu, Hang Tuah menggunakan ilmu pengasih untuk melembutkan hati Tun Teja supaya dia mahu mengikut Hang Tuah ke Melaka.
2. UNSUR TAAT SETIA
Hang Tuah menolak gelaran ‘Laksamana’ yang ingin diberikan padanya kerana Hang Tuah hanya ingin bertuankan anak cucu Duli Syah Alam iaitu hanya ingin bertuankan kepada Raja Melaka serta keturunannya. Ini menunjukkan bahawa Hang Tuah merupakan seorang pahlawan yang taat setia yang tiada bandingnya walaupun banyak gelaran yang ingin diberikan kepadanya.
Hang Tuah menolak gelaran ‘Laksamana’ yang ingin diberikan padanya kerana Hang Tuah hanya ingin bertuankan anak cucu Duli Syah Alam iaitu hanya ingin bertuankan kepada Raja Melaka serta keturunannya. Ini menunjukkan bahawa Hang Tuah merupakan seorang pahlawan yang taat setia yang tiada bandingnya walaupun banyak gelaran yang ingin diberikan kepadanya.
3. UNSUR KASIH SAYANG
Inang kepada Hang Tuah sanggup membahayakan nyawanya hanya kerana kasihnya terhadap anak angkatnya iaitu Hang Tuah. Datuk ingin dengan takut-beraninya menyampaikan hasratnya hati Hang Tuah terhadap Tun Teja sebagai bukti bahawa dia amat kasihkan Hang Tuah sepertimana yang Hang Tuah inginkan. Sebaik sahaja inang menyampaikan hasrat tersebut, Tun Teja mengarahkan dayamg-dayang untuk mengocoh mulut inang itu. Ini membuktikan bahawa inang tua tersebut sanggup membahayakan nyawanya demi anak angkat kesayangannya itu.
Inang kepada Hang Tuah sanggup membahayakan nyawanya hanya kerana kasihnya terhadap anak angkatnya iaitu Hang Tuah. Datuk ingin dengan takut-beraninya menyampaikan hasratnya hati Hang Tuah terhadap Tun Teja sebagai bukti bahawa dia amat kasihkan Hang Tuah sepertimana yang Hang Tuah inginkan. Sebaik sahaja inang menyampaikan hasrat tersebut, Tun Teja mengarahkan dayamg-dayang untuk mengocoh mulut inang itu. Ini membuktikan bahawa inang tua tersebut sanggup membahayakan nyawanya demi anak angkat kesayangannya itu.
Dikirim dalam Uncategorized | Leave
a Comment »
Posted by pakcikli00 di 10 Disember 2010
BAB 9 : HANG TUAH DALAM BUANGAN DI
INDERAPURA
KAJIAN SITI ZUBAIDAH HJ ABD KADIR.
(U6-6)
A) SINOPSIS
Hang Tuah difitnah oleh Patih Kerma Wijaya serta pembesar-pembesar yang lain kerana mereka merasa iri hati dengan kepercayaan Raja Melaka terhadapnya. Dimana, Hang Tuah difitnah berlaku sumbang dengan dayang-dayang. Oleh itu Bendahara Paduka Raja diperintah untuk membunuh Hang Tuah, tetapi Bendahara melepaskan Hang Tuah, disebabkan oleh jasa-jasanya. Selepas itu, Hang Tuah membawa diri ke Inderapura dengan tujuan mendapatkan Tun Teja untuk Melaka, demi menebus kesalahan dirinya. Semasa di Inderapura, Hang Tuah tinggal di Kampung Bendahara Seri Buana. Hang Tuah juga menjadi anak angkat Dang Ratna, iaitu Inang Tun Teja. Dengan menjalin perhubungan mesra dengan dayang-dayang Tun Teja yang sering mengunjungi Dang Ratna, Hang Tuah mengetauhi bahawa Tun Teja sedang bersedih kerana tidak suka bertunangkan Megat Panji Alam dari negeri Terengganu. Di samping itu, Hang Tuah juga menjalin hubungan baik dengan ahli-ahli keluarga Bendahaa, iaitu Tun Jenal.
Hang Tuah difitnah oleh Patih Kerma Wijaya serta pembesar-pembesar yang lain kerana mereka merasa iri hati dengan kepercayaan Raja Melaka terhadapnya. Dimana, Hang Tuah difitnah berlaku sumbang dengan dayang-dayang. Oleh itu Bendahara Paduka Raja diperintah untuk membunuh Hang Tuah, tetapi Bendahara melepaskan Hang Tuah, disebabkan oleh jasa-jasanya. Selepas itu, Hang Tuah membawa diri ke Inderapura dengan tujuan mendapatkan Tun Teja untuk Melaka, demi menebus kesalahan dirinya. Semasa di Inderapura, Hang Tuah tinggal di Kampung Bendahara Seri Buana. Hang Tuah juga menjadi anak angkat Dang Ratna, iaitu Inang Tun Teja. Dengan menjalin perhubungan mesra dengan dayang-dayang Tun Teja yang sering mengunjungi Dang Ratna, Hang Tuah mengetauhi bahawa Tun Teja sedang bersedih kerana tidak suka bertunangkan Megat Panji Alam dari negeri Terengganu. Di samping itu, Hang Tuah juga menjalin hubungan baik dengan ahli-ahli keluarga Bendahaa, iaitu Tun Jenal.
Setelah itu Hang Tuah telah dijemput
untuk menghadap Raja Inderapura. Akhirnya, Hang Tuah mendapat kepercayaan raja
dan dibenarkan menetap di Inderapura di bawah jagaan Bendahara. Tun Teja
mengetauhi kewujudan Hang Tuah di Inderapura setelah melihat kecantikkan kain,
iaitu hadiah Hang tuah kepada dayang-dayang Tun Teja. Di samping itu Hang Tuah
juga menghadiahkan kain kepada Tun Teja sebagai tanda dirinya menjadi hamba ke
bawah Tun Teja. Oleh itu, Tun Teja menjemput Hang Tuah menghadiri majlis makan
malam di istana. Tun Teja mulai jatuh cinta kepada Hang Tuah sehinnga bermimpi
tentang dirinya yang dibawa ke Melaka.
B) PERISTIWA-PERISTIWA PENTING
1. Fitnah terhadap Hang Tuah yang
menandakan perasaan cemburu di kalangan pembesar dalam negeri.
2. Kebijaksanaan Bendahara
melepaskan Hang Tuah.
3. Kesetiaan Hnag Tuah terhadap
raja, sehingga rela dirinya dibunuh, walaupun dia sedar dirinya difitnah.
C) LATAR TEMPAT
1. Melaka
2. Inderapura
D) WATAK
Hang tuah, Raja Melaka, Bendahara
Paduka Raja, Patih Kerma Wijaya, Bendahara Seri Buana Inderapura, Dang Ratna,
TunTeja, Intan BaiduriDang Senja, Cendera Midani, Tun Jenal, Tun Karim, Tun
Megat, Dang Warna, Dang Kemala, Raja Inderapura, Dang Anum, Dang Sandang, Che
Intan, Megat Panji Alam.
E) UNSUR-UNSUR
(i)Unsur dengki
Cemburu, dengki dan fitnah adalah sifat yang buruk menyebabkan Hang Tuah yang sangat disayangi raja itu telah dibuang negeri ke Inderapura kerana difitnah oleh Patih Kerma Wijaya.
Cemburu, dengki dan fitnah adalah sifat yang buruk menyebabkan Hang Tuah yang sangat disayangi raja itu telah dibuang negeri ke Inderapura kerana difitnah oleh Patih Kerma Wijaya.
(ii)Unsur kepiluan
Hang Tuah dihukum mati, tetapi kebijaksannaan Bendahara Paduka Raja, Hang Tuah diringkan hukuman, iaitu tidak dibenarkan menetap di Melaka. Dengan itu Hnag Tuah membuat keputusan meninggalkan Melaka dan mengembara ke Inderapura untuk membuat penghidupan baru. Hang Tuah hidup sebagai perantau dan memperhambakan diri kepada Raja Inderapura Pura dan Seri Buana.
Hang Tuah dihukum mati, tetapi kebijaksannaan Bendahara Paduka Raja, Hang Tuah diringkan hukuman, iaitu tidak dibenarkan menetap di Melaka. Dengan itu Hnag Tuah membuat keputusan meninggalkan Melaka dan mengembara ke Inderapura untuk membuat penghidupan baru. Hang Tuah hidup sebagai perantau dan memperhambakan diri kepada Raja Inderapura Pura dan Seri Buana.
(iii)Unsur Ketaat-setiaan
Hang Tuah ialah seorang yang patuh kepada janji dan tanggungjawab. Oleh kerana itu Hang Tuah sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan TunTeja untuk Raja Melaka. Walaupun Hang Tuah mencintai Tun Teja dan Tun Teja mencintai Hang Tuah, akan tetapi Hang Tuah sanggup melepaskan Tun Teja kerana mematuhi janjinya terhadapa diri sendiri.
Hang Tuah ialah seorang yang patuh kepada janji dan tanggungjawab. Oleh kerana itu Hang Tuah sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan TunTeja untuk Raja Melaka. Walaupun Hang Tuah mencintai Tun Teja dan Tun Teja mencintai Hang Tuah, akan tetapi Hang Tuah sanggup melepaskan Tun Teja kerana mematuhi janjinya terhadapa diri sendiri.
Dikirim dalam Uncategorized | Leave
a Comment »
Posted by pakcikli00 di 7 Disember 2010
BAB 8 : Patih Gajah Mada dengan Hang
Tuah
KAJIAN: ROZIELINA ZINI
A) SINOPSIS
Patih Gajah Mada merancang untuk
mengupah perajurit mencuri Keris Taming Sari yang dimiliki oleh Hang Tuah .
Tugas itu diberikan kepada Sang Bima Sina. Rancangan mencuri Keris Laksamana
akan melakukan ketika Hang Tuah diminta oleh Betara beriwayat. Apabila melihat
Hang Tuah amat leka, maka Sang Bima Sina pun menyendal Keris pandak Hang Tuah
dan mempersembahkan keris itu kepada Betara.
Menyendari keris pandaknya disuri
orang, Hang Tuah dengan hati-hati meraba keris Patih Gajah mada dan Berjaya
memakainya. Betara Majapahit meminta Patih Gajah Mada menunjukkan kerisnya
tetapi beliau enggan dengan alasan mata kerisnya sudah berkarat. Apabila
didesak oleh BEtara, barulah beliau meraba kerisnya dan mendapati keris itu
telah hilang. Patih Gajah Mada amat alu dengan peristiwa itu.
Untuk menutup malu, Betara
menyatakan pada Hang Tuah bahawa baginda hanya bergurau. Laksamana sempat
menyindir perbuatan Betara Majapahit yang tidak boleh diselindungkan lagi itu.
Raja Melaka amat bimbang dengan
keselamatan laksamana Hang Tuah kerana adanya usaha membunuh Hang Tuah oleh
Patih Gajah Mada dan Betara Majapahit. Pelbagai usaha dilakukan untuk membunuh
Hang Tuah tetapi tidak berhasil kerana Hang Tuah sentiasa beringat dan
berhati-hati pada setiap masa, malah ia adalah seorang hulubalang yang memiliki
ilmu hulubalang yang maha tinggi serta amat tahu akan ilmu firasat. Bagi
mengelakkan perkara buruk berlaku, Raja Melaka kebenaran daripada Betara
Majapahit berangkat pulang ke Melaka.
Patih Gajah Mada mengupah 70 orang
kepetangan mengamuk itu disuruh mengamuk di tengah pesara. Patih Gajah Mada
berpesan sekiranya bertemu dengan seorang Melayu, yang bersungguh – sungguh
hendak menentang, maka disuruhnya bunuh. Berita tentang orang mengamuk di
tengah pesara disampaikan pada Betara majapahit ketika ia dihadap oleh Raja
Melaka dan rombongannya. Betara bersungut di hadapan Raja Melaka sambil
memandang kepada laksamana. Laksamana terlebih dahulu mengetahui tujuan
pandangan Betara itu lalu terus menyinsing lengan menuju ke arah orang yang
sedang mengamuk.
Hang Tuah mengetahui bahawa kejadian
mengamuk itu adalah muslihat Patih Gajah Mada untuk membunuhnya. Tetapi Hang
Tuah tidak gentar kerana mengikut firasatnya dia tidak akan mati di bumi
majapahit. Hang tuah Berjaya membunuh orang yang mengamuk itu. Rakan-rakannya
datang membantu dan melihat Hang Tuah sedang berhenti lelah di sebuah kedai.
Hang Tuah diusung oleh rakan-rakannya ke paseban. Apabila sampai dihadapan Raja
Melaka, Hang Tuah terus bangun melompat mengahadap seraya menyindir dengan
kata-katanya.
Patih Gajah Mada dan Betara masih
berusaha membunuh Hang Tuah. kali ini beliau menitahkan Sang Wirana, seorang
perajurit yang amat sakti membunuh Hang Tuah. Sang Wirana Berjaya masuk ke
kampung Hang Tuah dengan menyamar seperti binatang, misalnya menjadi
kunang-kunang , kemudian apabila sampai ke atas rumah berupa seperti kucing,
dan akhirnya sebagai harimau.
Sang Wirana telah memeberitahu
terlebih dahulu kepada Patih Gajah Mada bahawa sekiranya Hang Tuah pernah
berguru pada Sang Persata Nala (di Gunung Wirana Pura) maka dia tidak mati oleh
senjata dan tidak akanb mati kerana tikaman. Patih Gajah Mada menafikan yang
Hang Tuah pernah berguru pada sang perata kerana pemergian Hang Tuah pernah
berguru pada sang persata kerana pemergian Hang Tuah dan sahabat-sahabat
berguru tidak diketahui oleh Patih Gajah Mada.
Laksamana Hang Tuah Berjaya memarang
tubuh Sang Wirana. Apabila diparang, putus tangan, putus bahu tetapi dia masih
boleh bangun dan berjalan. Hang Tuah Berjaya memarang kepala Sang Wirana hingga
Putus. Kepala itu dibawa oleh empat orang perajurit kepda Patih Gajah MAda.
Sang Wirana telah berwasiat agar kepalanya ditanam di kaki Gunung ima Giri dan
selepas tujuh tahun hendaklah di gali. Kepala itu akan hidup seperti sedia
kala.
Patih Gajah Mada menghantar utusan
menjemput Sang Persata Nala yang bertapa di Gunung Wirana Pura. Tujuan beliau
supaya Sang Persata Nala membunuh Laksamana Hang Tuah. Rombongan yang pergi
tidak berjaya menemui Sang Persata Nala. Ramai daripada mereka mati dimakan
Binatang buas.
Sewaktu Raja Melaka menghadap Betara
Majapahit, Raja Melaka mengambil kesempatan meminta izin kembali ke Melaka dan
akan membawa sekali isterinya ke Melaka. Betara Majapahit member keizinan dan
seterusnya menitahka pegawai dan pertuanan membuat persiapan kelengkapan
berangkat ke Melaka.
Sebelum itu meraka merancang untuk
memasuki taman larangan Betara. Sewaktu berada disana mereka mandi kolam
permandian, memetik bunga, memakan buah-buahan dan bersenda loka. Betara
Majapahit amat marah diatas perbuatan mereka lalu dengan segeranya mengarahkan
1000 orang pengawitan menombaki Hang Tuah yang sedang bersuka- sukaan di taman
larangan itu. Tetapi Hang Tuah serta rakan-rakannya Berjaya melawani kesemua
pengawitan tersebut.
Hang Tuah berdatang sembah kepada
Betara Majapahit mohon keampunan kerana mereka memasuki taman larangan itu.
Mereka menyatakan bahawa mereka tidak mengetahui bahawa taman larangan itu
tidak dapat dimasuki.
Laksamana Hang Tuah menceritakan
semua hal yang berlaku di Majapahit kepada Bendahara serta bagaimana beliau
Berjaya memiliki Keris Taming Sari.
PERISTIWA PENTING.
· Betara Majapahit dan patih Gajah
Mada merancang untuk mencuri keris Taming Sari yang sakti itu daripada Hang
Tuah.
· Cubaan mencuri yang dilakukan oleh
Sang Bima Sina Pati telah Berjaya.
· Walau bagaimanapun, Betara
Majapahit terpaksa memulangkan Keris Taming Sari kepada Hang Tuah setelah Hang
Tuah Berjaya mencuri Keris Patih Gajah Mada.
· Raja Melaka bercadang untuk pulang
ke Melaka demi keselamatan Laksamana Hang Tuah yang sering diancam nyawanya
oleh Patih Gajah Mada.
· Hang Tuah dan rakan-rakannya
memasuki Taman larangan.
· 1000 orang askar telah pun
diarahkan untuk membunuh mereka tetapi dapat dikalahkan oleh mereka.
· Perbuatan membalas dendam oleh
Hang Tuah yng memalukan keatas Betara Majapahit. Perbuatan ini dapat dimaafkan
oleh Raja Melaka kerana baginda saying dan kasihkan Hang Tuah.
LATAR TEMPAT.
· Melaka
· Bumi Majapahit
· Gunung Wirana Pura
· Gunung Ima Giri.
· Taman Larangan
· Betara Majapahit
WATAK DAN PERWATAKAN
1) Hang Tuah
2) Hang Jebat
3) Hang Lekir
4) Hang Kasturi
5) Hang Lekiu
6) Betara Majapahit
7) Raja Melaka
8) Patih Gajah Mada
9) Sang Wirana Sang
10)Persata Nala.
11) Sang Bima
UNSUR-UNSUR
1) Kepahlawanan
-Hang Tuah Berjaya membunuh orang
yang mengamuk.
-Hang Tuah Berjaya menetak tubuh
sang Wirana.
-Hang Tuah beserta rakan-rakannya
Berjaya melawan 1000 orang askar yang dihantar oleh Betara Majapahit
2) Kesaktian
- Sang Wirana yang boleh berubah
menjelmakan diri dengan pelbagai rupa.
Dikirim dalam Uncategorized | Leave
a Comment »
Posted by pakcikli00 di 7 Disember 2010
KAJIAN: NUR KHAIRUNNISA BINTI MAIDIN
Sinopsis
Sebelum Raja Melaka melangsungkan
perkahwinannya dengan Raden Emas Ayu, satu pesta telah diadakan oleh pihak
Majapahit. Dalam majlis jamuan makan-makan, orang-orang Melaka diberi minum
arak supaya mabuk dan mereka disuruh menari. Begitu juga dengan Hang Tuah
tetapi sebaik sahaja Hang Tuah minum arak tersebut, dia tidak mabuk kerana dia
mempunyai ilmu yang boleh menukar arak tersebut kepada air yang biasa sahaja.
Penjurit-penjurit yang diupah oleh
Patih Gajah Mada pun mulalah mengamuk lalu membunuh orang-orang Melaka yang
sedang mabuk itu. Walaubagaimanapun, segala usaha mereka untuk membunuh Hang
Tuah tidak berjaya seperti yang dirancangkan. Tiba-tiba muncul seorang penjurit
tua yang bernama Taming Sari di mana dia juga turut ikut membunuh orang-orang
Melaka.
Penjurit tua itu merupakan seorang
penjurit yang handal, yang pada masa yang sama ingin membunuh Hang Tuah. Taming
Sari ini bukanlah penjurit yang diupah oleh Patih Gajah Mada tetapi dia sengaja
muncul untuk menguji orang-orang Melaka. Akhirnya Hang Tuah bertarung dengan
Taming Sari dan kedua-duanya sama handal tiada bandingnya.
Menurut Hang Tuah, keris Taming Sari
itulah yang membuatkan Taming Sari handal dan kuat. Tanpa keris Taming Sari
itu, pasti Taming Sari akan tewas. Maka Hang Tuah pun mendapat satu akal iaitu
dengan menukarkan kerisnya dengan keris Taming Sari atas alasan bahawa keris
Taming Sari itu sudah tidak kukuh. Akhirnya, Taming Sari bersetuju untuk
menukarkan kerisnya dengan keris Hang Tuah. Sebaik sahaja Hang Tuah mendapat
keris Taming Sari, Hang Tuah terus menikam Taming Sari tetapi tidak kena.
Dalam pertarungan itu, Taming Sari merasa letih lalu Hang Tuah pun mengambil kesempatan itu untuk menikam Taming Sari tetapi keris Taming Sari itu melekat pada dinding peseban dan Taming Sari dengan Hang Tuah pun bergelut untuk mendapatkan keris tersebut. Hang Tuah berjaya mendapatkan keris itu kembali dan menghunus Taming Sari dan akhirnya Taming Sari mati ditangan Hang Tuah.
Dalam pertarungan itu, Taming Sari merasa letih lalu Hang Tuah pun mengambil kesempatan itu untuk menikam Taming Sari tetapi keris Taming Sari itu melekat pada dinding peseban dan Taming Sari dengan Hang Tuah pun bergelut untuk mendapatkan keris tersebut. Hang Tuah berjaya mendapatkan keris itu kembali dan menghunus Taming Sari dan akhirnya Taming Sari mati ditangan Hang Tuah.
Dengan itu, Hang Tuah diberi hadiah
iaitu keris Taming Sari dan juga diberi gelaran Laksamana oleh Raja Majapahit.
Tidak lama kemudian, Raja Melaka pun berkahwinlah dengan Raden Emas Ayu
manakala Hang Tuah dengan sahabatnya pergi berguru dengan Sang Persata Nala di
gunung Wirana untuk mempelajari ilmu penjurit dan ilmu hulubalang. Mereka
diajar perbagai jenis ilmu terutamanya Hang Tuah yang diajar ilmu yang lebih
banyak sedikit kerana Hang Tuah merupakan seorang yang istimewa dari
rakan-rakannya yang lain. Akhirnya mereka pun berjaya menguasai ilmu yang
diajar oleh Sang Persata Nala.
Peristiwa penting
1. Patih Gajah Mada
menyuruh/mengupah penjurit-penjurit untuk membunuh Hang Tuah.
2. Orang-orang Majapahit memberi
minuman yang memabukkan kepada orang-orang Melaka sebelum majlis perkahwinan
Raja Melaka dilangsungkan.
3. Hanya Hang Tuah yang tidak mabuk
apabila meminum arak yang diberikan.
4. Muncul seorang penjurit tua yang
bernama Taming Sari yang ingin membunuh Hang Tuah juga tetapi dia ini bukannya
diupah oleh Patih Gajah Mada.
5. Taming Sari bertarung dengan Hang
Tuah dan mereka ini sama-sama handal.
6. Taming Sari mempunyai keris yang
membuatkannya handal dan kuat.
7. Hang Tuah ingin menukar kerisnya
dengan keris Taming Sari dengan alasan keris Taming Sari itu tidak kukuh.
8. Akhirnya Taming Sari tewas
ditangan Hang Tuah akibat daripada tikaman Hang Tuah dengan menggunakan keris
Taming Sari.
9. Raja Melaka berkahwin dengan
Raden Emas Ayu.
10. Hang Tuah diberi hadiah keris
Taming Sari dan gelaran Laksamana oleh Raja Majapahit.
11. Hang Tuah dan rakan-rakannya
pergi berguru dengan Sang Persata Nala di gunung Wirana Pura.
12. Hanya Hang Tuah seorang sahaja
yang diberi ilmu yang lebih dari rakan-rakannya kerana Hang Tuah ini bukannya
sembarangan orang.
Latar tempat
1. Istana
2. Gunung Wirana Pura
3. Bukit Si Guntang
Watak dan perwatakan
1. Hang Tuah 11. Ratu Majapahit
2. Hang Jebat 12. Adipati Jemaja
3. Hang Lekir 13. Tun Utama
4. Hang Kasturi 14. Tun Bija Sura
5. Hang Lekiu 15. Patih Kerma Wijaya
6. Seri Batara 16. Sang Persata Nala
7. Raja Melaka 17. Raden Emas Ayu
8. Taming Sari
9. Patih Gajah Mada
10. Betara Majapahit
Unsur-unsur
1. Kepahlawanan
- Kepahlawanan Taming Sari dan Hang Tuah dalam pertarungan yang sengit. Kepahlawanan mereka ini tiada tandingnya.
- Kepahlawanan Taming Sari dan Hang Tuah dalam pertarungan yang sengit. Kepahlawanan mereka ini tiada tandingnya.
2. Kesaktian
- Hang Tuah menggunakan kesaktiannya untuk menukarkan arak yang diberi menjadi air yang biasa supaya dia tidak mabuk.
- Hang Tuah juga menggunakan kesaktiannya untuk menjadi kebal. Ini dapat dilihat apabila Taming Sari dan penjurit-penjurit yang lain tidak dapat mengalahkan Hang Tuah dan tidak ada satu pun yang dapat mencederakannya.
- Hang Tuah menggunakan kesaktiannya untuk menukarkan arak yang diberi menjadi air yang biasa supaya dia tidak mabuk.
- Hang Tuah juga menggunakan kesaktiannya untuk menjadi kebal. Ini dapat dilihat apabila Taming Sari dan penjurit-penjurit yang lain tidak dapat mengalahkan Hang Tuah dan tidak ada satu pun yang dapat mencederakannya.
Memilih Bahan Satera
Pantun Kanak-Kanak
Posted On Saturday, December 31, 2011. Under Koleksi Pantun Melayu Tags: Pantun Kanak-Kanak, Pantun Tradisional Melayu
Baru kembang ekor
Apa dosa kami
Lalu tidak tegur
Buai laju-laju
Sampai puncak sana
Apa dalam baju?
Sekuntum bunga Cina
Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Pandai baca kitab
Ayam kedek-kedek
Beri makan padi
Abang sayang adik
Mesti ajar mengaji
Burung kenek-kenek
Hinggap bawah batang
Apa pesan nenek
Cepat-cepat pulang
Pok amai-amai
Belalang kupu-kupu
Bertepuk adik pandai
Malam nanti upah susu
Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Adik jangan menangis
Emak banyak kerja
Air pasang pagi
Surut pukul lima
Bangun pagi-pagi
Siram pokok bunga
Pokok bunga melur
Tanam tepi batas
Itik dah bertelur
Ayam dah menetas
Lompat si katak lompat
Lompat dalam perigi
Cepat adik cepat
Pergi mandi cuci gigi
Lompat si katak lompat
Lompat di tepi pagar
Sekolah lekas dapat
Dan mesti rajin belajar
Lompat si katak lompat
Lompat di air tenang
Pergi sekolah cermat
Emak bapa hati senang
Lompat si katak lompat
Lompat di rumput muda
Belajar kuat-kuat
Buat ilmu hari tua
Anak lembu merah
Tambat di pokok asam
Adik kena marah
Tarik muka masam
Burung Kakak Tua
Hinggap di jendela
Nenek sudah tua
Giginya tingal dua
Burung Kakak Tua
Ada anak empat
Nenek sudah tua
Jalan pakai tongkat
Burung Kakak Tua
Bersarang celah batu
Badan sudah tua
Gigi jarang sana satu
Durian atas titi
Pisang dalam dulang
Sukanya rasa hati
Abang sudah pulang
Anak kumbang jati
Suka korek tiang
Senang rasa hati
Emak sudah pulang
Geylang si paku Geylang
Geylang si rama-rama
Pulang marilah pulang
Marilah pulang bersama-sama
Ayun anak ayun
Ayun hujung serambi
Bangun adik bangun
Jangan tidur tinggi hari
Oh bulan mana bintang?
Atas puncak kayu ara
Oh tuan mana hilang?
Dalam dapur atas para
Buai kaduk-kaduk
Kaduk naik ke rimba
Panjang janggut datuk
Buat tali timba
Memilih Bahan Tatabahasa
Kata Nama
KATA NAMA
(I)Kata Nama Am
Kata Nama Am digunakan untuk menyatakan nama orang, binatang, benda dan tempat secara umum.
Contoh: kereta, ayah, polis, kucing, sekolah
(II)Kata Nama Khas
Kata Nama Khas ialah kata yang merujuk nama orang, binatang, tempat dan benda secara khas. Semua kata nama khas ditulis dengan huruf besar pada pangkal katanya.
(III) Kata Ganti Nama
Kata ganti nama ialah kata yang digunakan bagi menggantikan kata nama.
(a) Kata Ganti Nama Diri
- Digunakan untuk menggantikan nama manusia. Kata ganti nama diri dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga.
Contoh: Kata ganti nama diri pertama - saya, aku, beta
Kata ganti nama diri kedua- awak, kamu, engkau
Kata ganti nama diri ketiga- dia, mereka, beliau
(b) Kata Ganti Nama tunjuk
Digunakan untuk menunjukkan benda, haiwan, manusia dan tempat.
Contoh: ini, itu
(c) Kata Ganti Nama Tanya
Digunakan untuk menanyakan hal, benda, orang dan binatang.
Contoh: apa, siapa, mana
(d) Kata Ganti Nama Tempat
Digunakan untuk menunjukkan kedudukan orang, benda, haiwan dan tempat.
Contoh: sana, sini, situ
(e) Kata Ganti Nama Tak Tentu
Digunakan untuk menggantikan orang, haiwan, benda dan tempat yang tidak khusus.
Contoh: apa-apa, siapa-siapa, mana-mana, bila-bila
No comments:
Post a Comment